Monday 24 September 2012

samsung tak bayar saman apple guna syiling..

Lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen dikatakan tiba di ibu pejabat Apple di California dan Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar $1 Billion saman baru-baru ini dengan cara ini.

Saman tersebut tidak menyatakan secara khusus bagaimana saman tersebut perlu di bayar, jadi pihak Samsung boleh membayarnya dengan apa cara sekalipun. Ia adalah balasan taktik kotor Apple yang menyaman Samsung dan Samsung membalasnya dengan pihak Apple perlu mengira duit syiling tersebut.